Buat semua murif form 5 2009 yang bakal menduduki SPM 2009, Para Guru mendoakan kalian supaya melakukan yang terbaik.... sehabis baik, bukan cuba buat yang terbaik, tetapi mesti melakukan yang terbaik... masa depan kalian terletak pada SPM (untuk dunia lah...) akhirat jangan dilupakan yer...
Belajarlah.... berdoalah... Mintaklah padaNya, Dia akan memperkenankan doa setiap hambaNya..
ustaz ada tajuk-tajuk yang dijangka masuk untuk akhir tahun, ustaz harap semua murid bacalah yer..
Tajuk-tajuk soalan akhir tahun pend islam tingkatan 4 (kertas 1)
Soalan Objektif :Anda kena baca lah sendiri.
Soalan subjektif:
1. Makan harta anak yatim (al-nisak ayat 10) 2. Sihir 3. Haji : cukur, miqat, saie 4. insurans 5. kerajaan bani umaiyah (kegemilangan/ kejatuhan) 6. adab terhadap Rasulullah 7. imam al-Ghazali 8. imam al-syafie 9. adab menziarahi jenazahl kematian
Tingkatan 2:
1. ali imran ayat : 133-134 : bertakwa 2. hadis mencegah kemungkaran 3. ali imran ayat : 110 4. hadis : amalan bersedekah 5. ihsan 6. allah bersifat al-rahman 7. malaikat dan keistimewaannya 8. solat dan syarat-syaratnya 9. zakat 10. muhajirin dan ansar 11. abu hurairah 12. adab di masjid 13. adab dengan al-quran 14. doa dan tempat mustajab berdoa
PERSATUAN Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) merujuk kepada cadangan awal untuk menilai pakaian pelajar perempuan di sekolah yang perlu dinilai semula. Masyarakat perlu mengetahui dan melihat bahawa cadangan ini dibuat hanya kepada pelajar perempuan Islam sahaja. Kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini adalah berteraskan kepada lima asas yang utama.Pertamanya, isu ini bukan mahu menyalahkan pelajar perempuan, akan tetapi ia sebagai salah satu kaedah pencegahan (sad zarai�ik) di dalam Islam supaya pelajar perempuan tidak terdedah kepada ancaman luar dan masalah sosial akibat daripada pemakaian yang terlalu jarang.
Langkah pencegahan ini sangat penting supaya mereka bebas daripada ancaman persekitaran mereka.
Keduanya, cadangan penukaran pakaian berwarna ini ditujukan kepada pelajar Islam, supaya cara pemakaian pelajar Islam selarii dengan Syariah dan tuntutan Islam itu sendiri.
Dalam Islam, baju kurung sahaja tidak lengkap jika masih menayangkan tubuh badan. Pemakaian baju kurung kepada pelajar bukan Islam bukanlah satu paksaan kepada mereka, akan tetapi mereka yang berminat memakai baju kurung berwarna sangat digalakkan.
Asas yang ketiga ialah, ramai guru turut mengeluh sebenarnya kerana pemakaian pelajar perempuan yang terlalu jarang menyebabkan tumpuan guru terganggu. Ini akan menyebabkan keadaan yang tidak selesa kepada guru-guru tersebut.
Keempat, peranan ibu bapa sangat penting dalam urusan persekolahan pelajar di mana ibu bapa juga berperanan memilih pemakaian yang sesuai untuk anak-anak mereka.
Asas yang terakhir ialah PKPIM tidak menuduh persepsi lelaki Malaysia semua sebagai mata keranjang akan tetapi secara fitrahnya mata lelaki akan mudah teransang dengan pemakaian yang seksi atau yang tidak menutup aurat. Apatah lagi yang melihatnya nanti guru- guru yang bertanggungjawab mendidik mereka.
PKPIM berpandangan bahawa pakaian awam ini merupakan salah satu faktor daripada banyak faktor-faktor lain yang menyumbang kepada jenayah seksual.
Tidak semua mereka yang berpakaian tidak menutup aurat atau terdedah itu semestinya menjadi mangsa, akan tetapi merupakan salah satu daripada faktor menyumbang kepada masalah gangguan seksual.
Selain itu juga, pakaian yang terdedah itu turut menimbulkan rangsangan kepada lelaki-lelaki di persekitarannya.
Sebenarnya, penjenayah itu dapat melihat dan teransang daripada orang yang tidak memakai tudung berbanding mereka yang bertudung atau menutup aurat. PKPIM juga tidak menafikan bahawa mangsa jenayah seksual ada terdiri daripada mereka yang bertudung dan menutup aurat, di mana penjenayah tidak mengenal mangsanya.
Tetapi hakikatnya, penjenayah seksual ini telah didedahkan dengan faktor-faktor seperti imej lucah, imej tidak menutup aurat di media, internet, vcd lucah dan sebagainya.
PKPIM bertegas bahawa imej-imej lucah, pendedahan aurat, etika berpakaian ini merupakan antara salah satu faktor menyumbang kepada masalah ini.
PKPIM mengharapkan Kementerian Pelajaran dapat mempertimbangkan cadangan ini dan dinilai kembali kerana ia sangat penting kepada semua. Semoga usaha ini mendapat sokongan daripada pihak luar.
Dikejutkan dengan berita kemalangan pelajar SMKBTP pada 3 hari yang lepas iaitu 8.9.2009. Kemalangan dengan bas di jalan besar dalam BTP. Dikejutkan juga dengan berita bahawa mereka berdua dikejar oleh 3 kereta (pemandunya keturunan India) mungkinketakutan dan melarikan diri, lalu terbabas, terus merempuh bahagian belakang bas.
Mereka berumur 15 tahun, seorang di 3F dan 3G, jika dikira kelas, boleh dikatakan mereka berada di kelas yang belakang, nakal, namun berakal, itulah yang paling penting.
Pagi tadi 11.09.2009, kami mengadakan Majlis Bacaan Yasin untuk arwah yang pertama meninggal (yang dikelas 3F iaitu Mohd Fadzli b. Mohd Ali), sebaik sahaja kami nak memulakan bacaan Yasin, kami dikejutkan dengan berita kematian pelajar yang kedua iaitu Khairul Aizanizam bin Rusli (3G). Berpindahlah mereka ke alam Baqa', alhamdulillah, meninggal pada hari Jumaat, di bulan Ramadhan. Beruntungnya.
Namun, kisah pelajar yang kedua ini betul-betul memeranjatkan saya (ustaz Rosdi), dikatakan mula bersolat /menunaika solat selepas bertemu denganku, dulu aku pernah mengajar dikelas tersebut selma 4 bulan dari bulan Januari - April 2009. Sebak dan pilu bila mengenangkannya. Namun Allah Taala sayangkan dia, sayangkan keluarga yang menerima musibah, lalu diuji kehidupan mereka.
Anak-anak murid di SMKBTP, kami guru-guru disini selalu halalkan ilmu yang dicurahkan, guru merotan bukan benci, namun untuk mendidik, anda nakal, namun jangan keterlaluan. Jauh disudut hati kami guru-guru, selalu mendoakan kejayaan kalian, andai suatu hari nanti anda berjaya, jangan lupakan kami guru-guru.
Dan anak-anak putera-puteri SMKBTP, carilah keredhaan Allah dengan redha ibu bapa kalian. Sesungguhnya, bila anda mendapat redha ibu bapa, apa jua yang anda lakukan diberkati dan dirahmati oleh Allah Taala. Insya Allah Taala.
Alfatihah untuk arwah berdua.... Dan masih ada seorang pelajar SMKBTP yang masih koma di Hospital Sg Buloh gara-gara kemalangan juga, tempurung kepalanya hilang atau rosak sikit, terpaksa guna penutup dari plastik. Beringatlah anak-anak...jangan memandu/ tunggang motor kereta terlalu laju.
Alhamdulillah, hari ini kita masih mampu meneruskan amalan puasa kita untuk hari yang kesekian kalinya. Dan kita juga sudah melepasi 17 Ramadhan yang mana kita sebagai umat Islam mengetahui bahawa 17 Ramadhan lah al-Quran diturunkan oleh Allah kepada kekasihnya iaitu Rasulullah SAW dengan ayat yang pertama iaitu ayat 1-5 daripada surah al-'Alaq.
Dan Allah Taala telah menurunkan al-Quran sekaligus dari sisiNya ke langit dunia pada malam lailatul Qadar. Malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Alangkah beruntungnya mereka yang mampu menunaikan ibadat pada malam lailatul qadar. Namun rahsia Allah, dia tidak menyatakan pula bilakah malam tersebut. Kecuali dinyatakan dalam beberapa hadis berkaitan malam tersebut, antaranya baginda SAW menyebut ada pada 10 malam terakhir Ramadhan al-Mubarak.
Ya Allah, betapa ramai umat Muhammad pada hari ini tidak lagi membaca al-Quran, jiwa anak-anak muda zaman sekarang, kosong, tiada ilmu al-Quran di dada mereka. Itulah antara tanda-atanda akhir zaman. Ya Rahman, bimbinglah diri kami agar terus mencintai kitabMu al-Quran dan agar Engkau berikan hidayah kepada anak-anak kami, anak-anak didik kami di sekolah ini.
Di sini, saya berikan bacaan ayat-ayat lazim dari adik Muhammad TV9. Anda boleh download di sini
1. Ingin dapatkan Water Filter yang ok!! Harga berpatutan!! Memperkenalkan Imtiyaz Water Filter nano Technology, keluaran produk muslim, harganya RM598.00 satu set. Hubungi Ustaz Rosdi di hotline 016-9585423.
2. Anda boleh download apa jua video pada blog ini dengan menggunakan Realplayer Downloader (Internet Explorer @ Mozila Firefox) atau Downloadhelper(untuk mozila firefox sahaja).
3. Anda inginkan windows XP anda kelihatan seperti Windows Seven (windows terkini) layari dan download seven transformation pack anda di sini.
Kata-Kata Motivasi
Wahai Malaikat siang yang pulang ! Sampaikan salamku pada Allah Yang Penyayang ! Ampunkan segala dosaku yang songsang, maafkan segala kesalahanku yang kurang, terimalah taubatku atas perbuatanku yang curang....... Tunjukkan daku jalan yang terang, berikan daku kuasa untuk pulang, supaya tatkala maut datang... Dapatku pergi dengan senang...! Wahai Allah Yang Maha Penyayang ....!
Saladin - Alarm Me
Air Mata Syawal
Rasa Bertuhan - Mawaddah
Allah Is Enough For Me
Motivasi
About Me
Panitia P.Islam
Blog ini dijana oleh Panitia Pendidikan Islam SMKBTP yang diketuai oleh Ustaz Muhamad Rosdi bin Abdullah. Insya Allah, bersama kita memanfaatkan kemudahan ICT ini untuk membantu dan meningkatkan prestasi murid-murid kita.