Tuesday, November 10, 2009

Selamat Berjaya semua murid form 5 2009

Assalamualaikum wbt...

Buat semua murif form 5 2009 yang bakal menduduki SPM 2009,
Para Guru mendoakan kalian supaya melakukan yang terbaik.... sehabis baik, bukan cuba buat yang terbaik, tetapi mesti melakukan yang terbaik... masa depan kalian terletak pada SPM (untuk dunia lah...) akhirat jangan dilupakan yer...

Belajarlah.... berdoalah... Mintaklah padaNya, Dia akan memperkenankan doa setiap hambaNya..

Thursday, October 15, 2009

Tajuk-tajuk untuk peperiksaan akhir tahun 2009 Pend Islam

Assalamualikum wbt...

ustaz ada tajuk-tajuk yang dijangka masuk untuk akhir tahun, ustaz harap semua murid bacalah yer..

Tajuk-tajuk soalan akhir tahun pend islam tingkatan 4 (kertas 1)

Soalan Objektif : Anda kena baca lah sendiri.

Soalan subjektif:

1. Makan harta anak yatim (al-nisak ayat 10)
2. Sihir
3. Haji : cukur, miqat, saie
4. insurans
5. kerajaan bani umaiyah (kegemilangan/ kejatuhan)
6. adab terhadap Rasulullah
7. imam al-Ghazali
8. imam al-syafie
9. adab menziarahi jenazahl kematian


Tingkatan 2:

1. ali imran ayat : 133-134 : bertakwa
2. hadis mencegah kemungkaran
3. ali imran ayat : 110
4. hadis : amalan bersedekah
5. ihsan
6. allah bersifat al-rahman
7. malaikat dan keistimewaannya
8. solat dan syarat-syaratnya
9. zakat
10. muhajirin dan ansar
11. abu hurairah
12. adab di masjid
13. adab dengan al-quran
14. doa dan tempat mustajab berdoa

Thursday, October 8, 2009

Peliharalah Mahkota Diri Anda


PERSATUAN Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) merujuk kepada cadangan awal untuk menilai pakaian pelajar perempuan di sekolah yang perlu dinilai semula. Masyarakat perlu mengetahui dan melihat bahawa cadangan ini dibuat hanya kepada pelajar perempuan Islam sahaja. Kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini adalah berteraskan kepada lima asas yang utama.Pertamanya, isu ini bukan mahu menyalahkan pelajar perempuan, akan tetapi ia sebagai salah satu kaedah pencegahan (sad zarai�ik) di dalam Islam supaya pelajar perempuan tidak terdedah kepada ancaman luar dan masalah sosial akibat daripada pemakaian yang terlalu jarang.

Langkah pencegahan ini sangat penting supaya mereka bebas daripada ancaman persekitaran mereka.

Keduanya, cadangan penukaran pakaian berwarna ini ditujukan kepada pelajar Islam, supaya cara pemakaian pelajar Islam selarii dengan Syariah dan tuntutan Islam itu sendiri.

Dalam Islam, baju kurung sahaja tidak lengkap jika masih menayangkan tubuh badan. Pemakaian baju kurung kepada pelajar bukan Islam bukanlah satu paksaan kepada mereka, akan tetapi mereka yang berminat memakai baju kurung berwarna sangat digalakkan.

Asas yang ketiga ialah, ramai guru turut mengeluh sebenarnya kerana pemakaian pelajar perempuan yang terlalu jarang menyebabkan tumpuan guru terganggu. Ini akan menyebabkan keadaan yang tidak selesa kepada guru-guru tersebut.

Keempat, peranan ibu bapa sangat penting dalam urusan persekolahan pelajar di mana ibu bapa juga berperanan memilih pemakaian yang sesuai untuk anak-anak mereka.

Asas yang terakhir ialah PKPIM tidak menuduh persepsi lelaki Malaysia semua sebagai mata keranjang akan tetapi secara fitrahnya mata lelaki akan mudah teransang dengan pemakaian yang seksi atau yang tidak menutup aurat. Apatah lagi yang melihatnya nanti guru- guru yang bertanggungjawab mendidik mereka.

PKPIM berpandangan bahawa pakaian awam ini merupakan salah satu faktor daripada banyak faktor-faktor lain yang menyumbang kepada jenayah seksual.

Tidak semua mereka yang berpakaian tidak menutup aurat atau terdedah itu semestinya menjadi mangsa, akan tetapi merupakan salah satu daripada faktor menyumbang kepada masalah gangguan seksual.

Selain itu juga, pakaian yang terdedah itu turut menimbulkan rangsangan kepada lelaki-lelaki di persekitarannya.

Sebenarnya, penjenayah itu dapat melihat dan teransang daripada orang yang tidak memakai tudung berbanding mereka yang bertudung atau menutup aurat. PKPIM juga tidak menafikan bahawa mangsa jenayah seksual ada terdiri daripada mereka yang bertudung dan menutup aurat, di mana penjenayah tidak mengenal mangsanya.

Tetapi hakikatnya, penjenayah seksual ini telah didedahkan dengan faktor-faktor seperti imej lucah, imej tidak menutup aurat di media, internet, vcd lucah dan sebagainya.

PKPIM bertegas bahawa imej-imej lucah, pendedahan aurat, etika berpakaian ini merupakan antara salah satu faktor menyumbang kepada masalah ini.

PKPIM mengharapkan Kementerian Pelajaran dapat mempertimbangkan cadangan ini dan dinilai kembali kerana ia sangat penting kepada semua. Semoga usaha ini mendapat sokongan daripada pihak luar.

-----------------------------------------------------------------------

Munirah bt Bahari ialah Naib Presiden HEWI, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

Friday, September 11, 2009

perginya mereka tidak akan kembali semula...

Dikejutkan dengan berita kemalangan pelajar SMKBTP pada 3 hari yang lepas iaitu 8.9.2009. Kemalangan dengan bas di jalan besar dalam BTP. Dikejutkan juga dengan berita bahawa mereka berdua dikejar oleh 3 kereta (pemandunya keturunan India) mungkinketakutan dan melarikan diri, lalu terbabas, terus merempuh bahagian belakang bas.

Mereka berumur 15 tahun, seorang di 3F dan 3G, jika dikira kelas, boleh dikatakan mereka berada di kelas yang belakang, nakal, namun berakal, itulah yang paling penting.

Pagi tadi 11.09.2009, kami mengadakan Majlis Bacaan Yasin untuk arwah yang pertama meninggal (yang dikelas 3F iaitu Mohd Fadzli b. Mohd Ali), sebaik sahaja kami nak memulakan bacaan Yasin, kami dikejutkan dengan berita kematian pelajar yang kedua iaitu Khairul Aizanizam bin Rusli (3G). Berpindahlah mereka ke alam Baqa', alhamdulillah, meninggal pada hari Jumaat, di bulan Ramadhan. Beruntungnya.

Namun, kisah pelajar yang kedua ini betul-betul memeranjatkan saya (ustaz Rosdi), dikatakan mula bersolat /menunaika solat selepas bertemu denganku, dulu aku pernah mengajar dikelas tersebut selma 4 bulan dari bulan Januari - April 2009. Sebak dan pilu bila mengenangkannya. Namun Allah Taala sayangkan dia, sayangkan keluarga yang menerima musibah, lalu diuji kehidupan mereka.

Anak-anak murid di SMKBTP, kami guru-guru disini selalu halalkan ilmu yang dicurahkan, guru merotan bukan benci, namun untuk mendidik, anda nakal, namun jangan keterlaluan. Jauh disudut hati kami guru-guru, selalu mendoakan kejayaan kalian, andai suatu hari nanti anda berjaya, jangan lupakan kami guru-guru.

Dan anak-anak putera-puteri SMKBTP, carilah keredhaan Allah dengan redha ibu bapa kalian. Sesungguhnya, bila anda mendapat redha ibu bapa, apa jua yang anda lakukan diberkati dan dirahmati oleh Allah Taala. Insya Allah Taala.

Alfatihah untuk arwah berdua....
Dan masih ada seorang pelajar SMKBTP yang masih koma di Hospital Sg Buloh gara-gara kemalangan juga, tempurung kepalanya hilang atau rosak sikit, terpaksa guna penutup dari plastik. Beringatlah anak-anak...jangan memandu/ tunggang motor kereta terlalu laju.

Kutujukan lagu ini untuk semua...

Monday, September 7, 2009

17 Ramadhan sudah berlalu...

Alhamdulillah, hari ini kita masih mampu meneruskan amalan puasa kita untuk hari yang kesekian kalinya. Dan kita juga sudah melepasi 17 Ramadhan yang mana kita sebagai umat Islam mengetahui bahawa 17 Ramadhan lah al-Quran diturunkan oleh Allah kepada kekasihnya iaitu Rasulullah SAW dengan ayat yang pertama iaitu ayat 1-5 daripada surah al-'Alaq.

Dan Allah Taala telah menurunkan al-Quran sekaligus dari sisiNya ke langit dunia pada malam lailatul Qadar. Malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Alangkah beruntungnya mereka yang mampu menunaikan ibadat pada malam lailatul qadar. Namun rahsia Allah, dia tidak menyatakan pula bilakah malam tersebut. Kecuali dinyatakan dalam beberapa hadis berkaitan malam tersebut, antaranya baginda SAW menyebut ada pada 10 malam terakhir Ramadhan al-Mubarak.

Ya Allah, betapa ramai umat Muhammad pada hari ini tidak lagi membaca al-Quran, jiwa anak-anak muda zaman sekarang, kosong, tiada ilmu al-Quran di dada mereka. Itulah antara tanda-atanda akhir zaman. Ya Rahman, bimbinglah diri kami agar terus mencintai kitabMu al-Quran dan agar Engkau berikan hidayah kepada anak-anak kami, anak-anak didik kami di sekolah ini.

Di sini, saya berikan bacaan ayat-ayat lazim dari adik Muhammad TV9. Anda boleh download di sini

Wednesday, September 2, 2009

Cukupkah hanya dengan 6??

Tazkirah Ramadhan malam ke 12.

Alhamdulillah, sudah memasuki fasa kedua puasa Ramadhan kita, dan negara kita dikejutkan dengan satu peristiwa yang sangat penting, selepas 52 tahun merdeka. Kes Karthika yang kena sebatan dek kerana minum 'air kencing' syaitan.

Namun cukupkah dengan hanya 6 sebatan? Bagaimana dengan hukum Allah iaitu 40 - 80 sebatan? Siapa nak jawab tue???

Saturday, August 22, 2009

Tazkirah ramadhan Masjid BTP

Alhamdulillah...

Masuk hari berikutnyer kita berpuasa, insya Allah, dipenuhi dengan amalan-amalan yang dituntut oleh Islam. Masjid BTP mula menjemput penceramah luar bermula malam kedua Ramadhan.

Tazkirah pertama dari Hos Kalam Suci Astro, lupe plak nama ustaz tersebut. Antara isi penting tazkirah tersebut menceritakan berkaitan kategori puasa iaitu wajib, sunat, makruh dan haram.

Antara puasa wajib. puasa nazar, puasa Ramadhan dll, puasa sunat ialah puasa Isnin Khamis, Nisfu Syaaban, puasa hari cerah (13,14,15hb) dan puasa hari gelap (27,28 dan 29hb) iaitu bulan islam. Manakala puasa sunat bulan rejab dan syaaban tidak pernah disebutkan dalam mana-mana kitab. Menurut beliau, apa yang orang-orang tua buat dahulu adalah salah.

Ramadhan pertama juga kita dituntut membaca Alhamdulillah, Hamdan Lillah, Allahu Akbar (3x)- sebaik sahaja habis hari pertama. Puasa Ramadhan ada 3 semester, iaitu semester pertama adanya Rahmah Allah, semester kedua adanya Maghfirah (keampunan Allah) dan semester ketiga, jauh dari azab neraka ('Itqun Minan Nar).

Jadi marilah kita berpuasa dengan jiwa dan raga kita, kita serahkan diri kita kepada Allah Taala, bulan puasa melatih kita melawan nafsu yang kian membesar dalam jiwa kita, oleh itu, nafsu kita bulan puasa ni jangan diturut sangat, nafsu tak suka bangun sahur, lawanlah...ada berkat pada sahur tersebut, nafsu juga tak suka solat terawih iaitu bersolat dengan bacaan yang panjang-panjang, maka kita kena lawan ...

Ya Allah, berikanlah kekuatan kepada kami hamba-hambaMu yang lemah dalam menunaikan ibadah kepadaMu ya Rabb. Ighfir zunubana ma qaddamna wa ma Akhkharna (ampunkanlah segala dosa-dosa kami samada yang lepas dan yang akan datang)... Amien Ya Rabbal 'Alamin.

Friday, August 21, 2009

Salam Ramadhan al-Mubarak

Thursday, August 20, 2009

Majlis Perasmian Penutup Ceriathon & Perasmian Bulan Kemerdekaan peringkat SMKBTP edisi 2009

Alhamdulillah, pada hari ini 21 Ogos 2009, pihak SMKBTP telah menganjurkan majlis penutup Ceriathon 2009 bertempat di dataran perhimpunan SMKBTP.

Perasmian penutup disempurnakan oleh YB Tuan Abdul Shukur bin Haji Idrus (SIS, KMN, ASDK), dan juga merasmikan Bulan Kemerdekaan Peringkat SMKBTP edisi 2009. Antara orang-orang besar lain yang hadir, YDP PIBG SMKBTP Tn Hj Mustafah Karim, wakil PPD Gombak, Tn Hj Fahrul Radzi dan wakil-wakil PIBG yang lain.

Majlis juga memberikan cabutan bertuah kepada para pelajar yang membuat kutipan Ceriathon paling banyak/ tertinggi.

Majlis diserikan dengan pelbagai persembahan para pelajar antaranya Nasyid, silat dan gamelan. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Syukur. Salam Ramadhan al-Mubarak! Ramadhan Kareem!!

Sunday, August 16, 2009

Kursus Tahsin Qiraat Bersama Utaz Nik Azizan (Mari Bertarannum)

Alhamdulillah, LADAP (15 Ogos 2009, bertempat di SMK Tunku Abd Rahman, Batu Arang) kali ini menjemput Ust Nik Azizan Mari Bertarannum TV 9 untuk membimbing GPI daerah Gombak dalam mempelajari kaedah bertarannum, sememangnya ilmu al-Quran ini sangat luas.

Kami diberikan tunjuk ajar mengenal suara, tabaqat suara, seterusnya mempelajari 4 harakat lagu Bayati daripada Surah al-Waqiah.

Peserta kursus ini yang hadir dari SMKBTP ialah Ketua Panitia Pendidikan Islam iaitu Ustazah Rabaah binti Aman Shah dan Ustaz Muhamad Rosdi bin Abdullah, mewakili Unit Pendidikan Islam PPD Gombak.

Untuk para murid SMKBTP, hari ini 17 Ogos 2009 bermulalah peperiksaan percubaan PMR, kami guru-guru doakan yang terbaik untuk anda semua. Ingatlah, Ilmu Allah Taala itu adalah NUR, dan nur Allah tidak diberikan kepada mereka yang melakukan maksiat kepada Allah. Pesan ustaz/ah, carilah keredhaan ibu bapa nescaya anda akan mendapat keredhaan Allah Taala. Good Luck untuk semua!!! Amien.


Tuesday, August 11, 2009

PERKHEMAHAN IBADAT DAN PEMANTAPAN SAHSIAH SMKBTP Edisi 2009.

Alhamdulillah, baru-baru ini Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan satu perkhemahan ibadat dalam memupuk nilai-nilai murni yang ada dalam diri para murid di SMKTP ini. Bermula 7 Ogos dengan sesi pendaftaran dan kemudiannya sesi ice breaking oleh Pn Aizam Zamzuriah, para murid dihidangkan dengan pelbagai slot yang menyentuh hati dan kalbu, perkhemahan ini berakhir pada jam 11.30 a.m 9 Ogos 2009.

Antara aktiviti yang disajikan kepada para murid adalah:

  • Ceramah Ana Muslim oleh Ustaz Rizal bin Mokter al-Hafiz dari SAM Rawang, yang menyentuh pengorbanan ibu bapa serta peri pentingnya bersolat kepada Allah Taala.
  • Ceramah kenapa kita dipanggil sebagai Orang Islam oleh PK HEM En Yusof,
  • Amali Sembelihan (cikgu Sallehuddin), teori dan praktikal haji oleh LUTH, Ceramah Mencari Yang halal oleh pegawai JAIS,
  • Persembahan Kebudayaan Islam (para murid memberikan kerjasama yang erat dan padu), BBQ (panggang ayam dan kambing (kambing ni disponsor oleh sebuah hotel (Sheraton Hotel) oleh cefnyer)),
  • Seterusnya perasmian penutup di sempurnakan oleh Tn Hj Kamaruddin bin Arshad, penceramah sesi Muhasabah Diri kerana wakil-wakil PIBG tidak dapat hadir.
Syukur Alhamdulillah, para peserta memberikan kerjasama yang sangat erat, terima kasih anak-anak didik di SMKBTP. Sebenarnya manusia boleh berubah, tiada manusia yang tidak boleh berfikir (kecuali yang gila).

Insya Allah, tahun depan kami selaku guru-guru pendidikan Islam akan melakukan perkhemahan sebegini di luar dari kawasan sekolah seperti di Kem Lembah Genting, Taman Rimba Komanwel dan mana-mana tempat yang difikirkan sesuai.

Bagi peserta yang berminat dengan semua foto-foto sepanjang program dijalankan, anda boleh mendapatkannya dengan Ustazah Rabaah binti Aman Shah, Ketua Panitia Pendidikan Islam, juga dalam bentuk Media Player.

Jutaan terima kasih:

Pn Pengetua SMKBTP, barisan pentadbir SMKBTP, PIBG SMKBTP, Ketua-Ketua Bidang SMKBTP, Ketua Panitia Pend Islam, Tasawwur Islam, Bahasa Arab dan KKQ, semua guru-guru yang terlibat, semua yang memberikan sumbangan dalam bentuk hadiah atau tunai serta tenaga yang dicurahkan dan semua peserta perkhemahan ibadat yang baik-baik belaka.


Fatwa berkaitan Horoskop

Renungan bersama…..

Pada sesiapa yang suka baca berkaitan HOROSKOP, mulai hari ni takyah la buat

SOLAT mereka yang membaca ramalan bintang sama ada di akhbar, majalah atau di internet tidak akan diterima Allah selama 40 hari, tidak kira mereka percaya atau sebaliknya kerana perbuatan itu sama seperti berjumpa dengan tukang ramal.

Pensyarah fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Ustazah Nik Salida Suhaila Nik Saleh, menjelaskan perkara itu berdasarkan ulasan ulama terkenal Yusuf al-Qardawi mengenai hukum membaca ramalan bintang.

Katanya, walau seseorang itu tidak membenarkan apa yang dibaca, solatnya tetap tidak diterima selama 40 hari dan jika membaca serta membenarkan pula ramalan itu, maka orang itu dikatakan kufur kepada ajaran Muhammad.

Bagaimanapun katanya, jika membaca dengan tujuan untuk membantah, menjelaskan dan mengingkari amalan syirik, hukumnya dituntut malah menjadi wajib kerana tujuan memberi pengajaran kepada orang lain.

"Jelas amalan meramal, membaca dan menaruh sikit rasa yakin apa dikatakan ramalan bintang itu perlu dijauhi mulai hari ini. Ini bukan perkara main-main atau seronok-seronok kerana ia bercanggah dengan hukum Islam," katanya.

Katanya, perkara itu juga jelas daripada hadis riwayat Muslim bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang datang kepada dukun kemudian dia membenarkan terhadap apa yang dikatakan olehnya, maka solat orang itu tidak diterima Allah selama 40 hari."

Perbahasan mengenai minat masyarakat hari ini terhadap ilmu ramalan termasuk membaca horoskop dibincangkan Nik Salida bersama Al-Fadhil Kadi Daerah Temerloh, Badli Shah Alauddin, dalam program Halaqah terbitan TV9 yang disiarkan malam Ahad lalu dengan tajuk Bintang 12.

Program yang mengulas mengenai ayat 105, surah an-Nahl, mengajak penonton menghindari perbuatan berjumpa atau mempercayai tulang tilik dan tukang ramal kerana Allah memberi amaran mengenai golongan pembohong itu.

Nik Salida berkata, tidak dinafikan ramai yang mengatakan tujuan mereka membaca ramalan bintang adalah suka-suka tetapi amalan bermula daripada suka-suka itu akhirnya menyebabkan mereka menjadi obses seterusnya terpengaruh dengan apa yang dibaca.

Katanya, ada kalangan masyarakat hari ini yang melanggan ramalan bintang melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk mengetahui apa yang diperkatakan mengenai nasib mereka atau perkara bakal dilalui mereka setiap hari, minggu atau bulan.

Sedangkan, perbuatan itu bukan saja merosakkan akidah malah menyebabkan hidup mereka tidak keruan kerana pengaruh ramalan itu sedikit sebanyak memberi kesan kepada aktiviti atau perancangan mereka pada hari itu.

"Jika tidak percaya atau untuk suka-suka kenapa hingga melanggan SMS horoskop. Maknanya bangun pagi kita mahu tengok apa yang diramalkan untuk kita hari itu. Begitu juga dengan membaca di akhbar dan majalah, kenapa kita hendak tahu ramalan.

"Jika katanya dalam bab rezeki apa yang diperoleh tidak setanding kerja dilakukan, maka akan timbul perasaan malas buat kerja sebab rezeki yang dapat sikit saja. Kesan ramalan ini bukan saja pada akidah, juga aspek psikologi.

"Daripada suka-suka itu juga apabila kebetulan perkara diramalkan itu benar berlaku ia mula menerbitkan kepercayaan yang akhirnya menyebabkan mereka jatuh ke lembah kepercayaan perkara karut-marut ini," katanya.

Badli Shah berkata, golongan yang percaya kepada Bintang 12 atau ramalan tukang tilik mengenai untung nasib atau hari baik dan tidak adalah mereka yang tidak percaya ketentuan Allah serta ciptaannya.

Beliau berkata, Allah sudah memberi amaran mengenai golongan itu di dalam al-Quran di mana Allah murka dan mengatakan mereka sebagai golongan pembohongan serta penipu kerana mendahului takdir Allah.

Katanya, apa yang dikhuatiri ialah disebabkan ramalan itu umat Islam lupa bahawa setiap sesuatu yang terjadi itu adalah dengan izin Allah dan ini memberi kesan daripada sudut akidah mereka.

"Jika Allah tidak izinkan perkara itu berlaku, ia tidak akan jadi. Tukang ramal pusinglah daun terup atau biarlah burung dia bercakap tetapi tanpa izin Allah tidak akan berlaku. Malangnya kita tengok, zaman moden ramai yang kembali percaya dan mencari petunjuk daripada zodiak," katanya.

Katanya, kepercayaan kepada ramalan terutama tukang tilik dan ahli nujum boleh mendatangkan kesan negatif seperti menyebabkan pergaduhan antara suami isteri, permusuhan sesama jiran atau sahabat karib.

Contohnya, isteri yang diberitahu mengenai sikap suami atau ramalan bahawa suami akan berkahwin lagi pastinya menyebabkan berlaku perbalahan dan paling malang lagi jika perkara itu tidak benar sama sekali.

Rasulullah SAW turut berdepan dengan kelompok masyarakat Arab yang taksub dengan ramalan dan kiraan bintang hingga Baginda menyebut akan tiga golongan itu terdiri daripada mereka yang mampu meramal bintang, meramal barang hilang dan melakukan ramalan berdasarkan pergerakan bintang di langit.

Malah, Baginda SAW pernah didatangi beberapa orang yang meminta Baginda meramal masa depan orang Arab tetapi Baginda memberitahu, jika diketahui perkara ghaib nescaya dirinya sudah mendapat kemewahan serta terlepas dari musibah.

Mengulas mengenai sejarah Bintang 12, Ustaz Badli Shah berkata, kepercayaan itu berasal dari Mesopotania, daerah asal orang Babylon terletak antara sungai Tigris dan Euphrates dan kini terletak di tenggara Iraq.

Ilmu itu berkembang sejak Babylon kuno 200 tahun sebelum masihi dan secara bertahap. Amalan dan kepercayaan itu semakin berkembang hingga tahap yang dikenali sebagai horoskop atau Bintang 12 yang mengaitkan keperibadian dengan tarikh lahir berpandukan bintang.
"Contohnya bintang Capricorn untuk mereka yang lahir 22 Disember hingga 20 Januari ikut mitos Yunani ialah lambang kambing. Kambing itu bernama Almateus dan pernah beri air pada Dewa Zeus iaitu dewa tertinggi bagi bangsa kuno ketika kecil.

"Oleh itu, bagi mengenang jasa kambing itu ia dijadikan bintang dan bercahaya di langit. Kesimpulannya, Capricorn itu kambing saja. Di sini pun banyak kambing, tidak perlu tengok ke langit. Umat Islam perlu renung sejenak adakah bintang ini sesuai dengan peribadi Muslim.
"Sesuai ke jika umat Islam percaya kepada bintang kambing biri-biri atau lambang orang lelaki gagah tuang air dalam tempayan besar sedangkan banyak perkara lain lebih bermanfaat yang boleh kita fikirkan," katanya.

Justeru, beliau menasihati kepada umat Islam supaya menjauhi amalan membaca ramalan bintang atau tulang tilik walaupun untuk suka-suka kerana boleh memberi kesan kepada akidah serta amalan solat yang dilaksanakan.



HIKMAH AIR WUDHUK

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini". Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini". Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku ditangan kanan ku ini". Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikanhisab- hisabnya di tangan kanan.

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab- hisab ku di tangan kiri ku ini". Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab- hisabnya di tangan kiri.

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu". Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini" Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll.

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim". Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali.

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat- tempat maksiat" Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita di tangan Allah.

Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmah nya yang tersendiri.

Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa?

Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam?

Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam?

Bersyukurlah dan bertaubatlah selalu, Ihgfir zunubana ya Rabbana, amien.

Jauhi Zina.

MENGAPA AKU DILAHIRKAN BEGINI?

Suatu petang, ada seorang remaja perempuan datang berjumpa saya (penulis buku kecil Jangan Hampiri Zina ; Ustaz Shopuan Anuar bin Ahmad, SPI JPN Selangor) tanpa janji temu terlebih dahulu. Pakaiannya amat sopan, bertudung bulat dan wajahnya putih berseri. Dia bertanya berbagai-bagai soalan berkaitan agama Islam (walaupun haikaktnya dia memang seorang Islam). Saya menjawab sekadar apa yang saya tahu.

Dia bertanya apakah hukum anak zina? Saya katakan, anak zina tidak bersalah apa-apa. Yang bersalah ibu bapanya sahaja. Anak zina tidak menanggung apa-apa dosa yang telah dilakukan oleh ibu bapanya.

Dia bertanya lagi, apakah hubungan anak zina dengan bapanya? Saya mengatakan, anak zina tiada apa-apa hubungan darah dengan bapanya. Bahkan bapanya boleh berkahwin dengan anak zinanya itu.

Remaja itu terus bertanya, kalau begitu anak zina itu bukan mahram dengan bapanya? Saya menjawab: Ya. Anak itu tidak boleh mendedahkan auratnya kepada bapa (zina) walaupun dalam rumah, apatah lagi tak boleh bersalaman dan mengucup tangannya.

Tiba-tiba remaja itu tunduk dan menangis semahu-mahunya. Sesiapa yang melihat pasti akan turut menangis bersamanya. Dengan sedikit kekuatan yang ada, dia mengangkat kepalanya, saya adalah anak zina katanya.

Saya cuba tenangkan dirinya, dan bertanya, adakah awak pasti? Dia mejawab: Ya, saya terdengar dari sebelah bilik, di rumah saya. Mak cik bertengkar dengan mak dan ayah ketika itu dan dalam keadaan marah, mak cik menjerit, dan mengaitkan nama saya, panggilan kak long di rumah, “kamu jangan berlagak warak, baik, kak long (dirinya) adalah anak zina…

Apabila saya mendengar kalimah itu, saya rasakan dunia ini gelap gelita. Saya menangis semahu-mahunya. Mengapakah ayah dan emak melakukan perkara begitu? Alhamdulillah, Allah SWT masih sayangkan saya. Saya masih hidup. Sudah kering air mata ini menangis. Saya tidak dapat mengubah sejarah yang telah berlaku. Ayah dan ibu yang saya kenali, ialah mereka yang baik, tidak pernah mengabaikan solat dan puasa, bahkan mereka amat penyayang, ambil berat hal pendidikan agama anak-anak. Saya tidak percaya mereka telah terlanjur. Inilah yang terpaksa saya tanggung sepanjang hidup saya. Saya adalah anak zina.

Dia terus menangis dan menangis. Air mata belum dapat menggambarkan luka sebenar di hatinya.

Hanya Sebuah Cerita

JANGAN MINTA CERAI DALAM KERETA

Sepasang suami isteri yang selalu menghadapi masalah perhubungan tengah berbincang masalah mereka dalam sebuah kereta. Si suami tengah memandu.

Isteri : kita dah berkawin 15 tahun dah,saya rasa saya tak sesuai lagi bersama dengan awak, saya nak mintak cerai dengan awak.....

si suami diam dan terus memandu kereta ...bertambah laju....(70km)

isteri : saya dah tak cintakan awak lagi...sebenarnya saya dah ada teman lelaki.... dia akan berkawin dengan saya lepas awak ceraikan saya... saya malas nak cerita panjang lagi..dan saya tak nak awak cuba pujuk saya..saya dah bosan hidup dengan awak....!!

si suami terus memandu dengan penuh perasaan marah...masih diam...

Isteri : bila kita bercerai,saya nak rumah kita...

si suami masih diam ...memandu dengan lebih laju....(80km)

isteri : saya nak anak kita juga...awak bukan boleh pelihara mereka.....

si suami masih diam ..tambah kelajuan (100 km)

isteri : saya nak kereta ini,kredit card dan saving akaun kita

sisuami masih diam, membelok kereta ke arah jaya jusco......

isteri : awak ada ingin minta apa2??

suami : tak perlu....saya dah ada apa yang saya perlukan...

isteri : ya kah?? Apa yang awak ada..??

suami : si suami menjawap sebelum beliau melanggar dinding konkrit jayajusco... saya ada air bag.....awak tak ada..

Moralnya: kalau nak bercerai sekalipun, bincanglah elok-elok, jangan macam kisah ni kan…manusia…



Dari Dato’ Haji Ismail Kamus

1. Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dari api (biru), dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya.

2. Apabila Allah SWT memerintahkannya supaya tunduk menghormati Nabi Adam, mereka telah ingkar. Allah SWT.melaknat dan perintah turun ke bumi. Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan.

3. Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam(Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh).Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam).

4. Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu dilarang mengunakan kemenyan kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk. Tetapi orang-orang melayu ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan. Beliau menambah, orang-orang yang suka hisap rokok itu,adik-beradik jinlah tu.

5. Tempat tinggal Jin seperti di awan , sungai, hutan,lombong, laut, tempat-tempat tinggi (KLCC), tandas dan kubur.

6. Beliau menasihat apabila ingin buang air diperjalanan (contohnya jalan raya), perlu baca " SalaMun, ' Ala Sulaiman, Fil 'alamin." Mengikut sirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Orang-orang Melayu suka sangat membaca ucapan, "Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu" Masa bila pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila pula, kita jadi cucu cicit jin!!!!

7. Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada dukun atau bomoh yang tahu menilik-nilik nasib, pembohong." Sirahnya apabila Nabi Sulaiman,memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga Nabi Sulaiman meninggal pun jin tidak perasan/tahu.Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengan tongkat kayu . Dan jin tekun membuat kerja di hadapan baginda. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka barulah tahu oleh jin bahawa Nabi Sulaiman telah mangkat.

8. Manusia juga dilarang membuang air dilombong-lombong yang airnya tenang, terutama di waktu tengah malam. Jin suka mandi di situ, waktu itu. Dilarang juga buang air di lubang-lubang (tanah).

9. Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru siap belum duduk lagi, jin suka tinggal disitu. Sebelum duduk rumah baru, digalakkan membaca surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selama 3 hari. Tidak perlu tepung tawar lagi, orang Melayu suka sangat menepung tawar !!!

10. Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7- 10 kali, jika tidak bacakan ayat Kursi dengan cara 9 kali henti (tekniknya) sebab beliau pernah jumpa orang yang dirasuk.

Kos Upah

Hayatilah cerita ini...

Seorang anak mendapatkan ibunya di dapur yang sedang sibuk menyediakan makanan malam lalu anak tersebut menghulurkan dekeping kertas yang tertulis sesuatu.. Si ibu mengesat tangannya dengan apron, mengambil kertas yang dihulurkan oleh anaknya itu lalu membacanya.

Kos upah tolong mak:

Tolong pergi kedai : RM 1.00
Tolong jaga adik : RM 2.00
Tolong buang sampah : RM 1.00
Tolong kemas bilik : RM 2.00
Tolong siram bunga : RM 2.00
Tolong sapu sampah : RM 2.00
Tolong cuci kereta : RM 2.00


JUMLAH BESAR : RM 12.00

Selesai membacanya, si ibu tersenyum sendirian, sambil si anak tadi masih menunggu jawapan ibunya/ upah dari ibunya. Si ibu lantas mengambil sebatang pen dan menulis di belakang kertas yang sama:

Kos mengandungkanmu selama 9 bulan : PERCUMA
Kos berjaga malam menjagamu : PERCUMA
Kos air mata yang menangis keranamu : PERCUMA
Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu : PERCUMA
Kos menyediakan makan dan minum : PERCUMA
Kos menyediakan keperluanmu : PERCUMA


JUMLAH KESELURUHAN NILAI KASIHKU : PERCUMA

Air mata anak bergenagan, berlinangan dari matanya setelah membaca apa yang dituiskan oleh ibunya. Si anak tadi menatap wajah ibunya, lalu memeluk ibunya dengan erat. Si anak berkata kepada ibunya; " Ibu, saya sayangkan ibu…". Kemudian anak tadi mengambil pen dan menulis "TELAH DIBAYAR"… pada kertas yang sama, pada bahagian upahnya tadi…

Diriwayatkan oleh seorang sahabat nabi, apabila ditanya kepada Rasululullah SAW, Wahai Rasulullah, siapakah yang paling berhak mendapat layanan paling baik dariku? Baginda menjawab: 'Ibumu…" dan diulang-ulang sebanyak 3 kali, selepas itu, barulah bapamu, kemudian, saudara-saudara terdekatmu.

Janganlah seseorang merasakan sudah membalas segala jasa ibunya walaupun sudah melakukan pelbagai kebaikan untuk ibunya. Sesungguhnya, jasa ibu tidak terbalas nilainya. Oleh itu, sesiapa yang pernah merasa segala kebaikannya sudah memadai untuk ibunya, maka derhakalah anak tadi terhadap ibunya.

Sayangilah ibu, ayah dan adik beradik, selagi mana kita masih hidup @ selagi mereka ada. Doakanlah ibubapa yang sudah tiada, alangkah sedihnya seorang anak, dilahirkan namun tiada ayahnya, atau ibunya, dan di binkan dengan ABDULLAH…

Malunya kita sebagai seorang Islam, tidak tahu siapa ibu atau ayah jika terlibat dengan gejala-gejala zina sehingga melahirkan anak luar nikah, lihatlah….orang Cina dan India tahu siapa bapanya, sebab bila dibinkan seseorang anak, anak mereka akan dibinkan dengan nama keluarganya bagi golongan Cina, dan a/l @ a/p bagi golongan India.

Renung-renungkan dan selamat beramal…



Mengapa Yahudi Bijak?

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship di beberapa hospital di sana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu mengapa Yahudi Bijak? . Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, muzik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran? Maka saya pun tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni.

Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin. Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, agama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data - data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau.

Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, ya, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan kurma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan.

Menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan. Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yang cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genetik dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi. Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi.

Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti. Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan.

Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat?

Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen. Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen di kepala, banyak agama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif.

Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York .

Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar. Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin?

Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak. Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok.

Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan !!

Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali.

Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal agama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita dapat melahirkan generasi yg bijak seperti Yahudi?

Jawapannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan di atas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 muka surat penuh.

Esay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato! Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

penulis:
Dr. Stephen Carr Leon

Cara Makan dan Minum Rasulullah SAW

Assalamu'alikum wbt dan salam sejahtera

Dalam makanan yg kita makan sehari-hari, kita tak boleh main balun aje? sebab itulah terjadinya penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain-lain penyakit apabila kita telah tua nanti. Apabila telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lain-lainnya.

Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya sehari-hari. Apa kata kita ikut diet ini. Tak payahlah susah-susah makan pil untuk kurus? Insyaallah kalau kawan-kawan ikut diet Rasullullah ini

Jangan makan SUSU + DAGING
Jangan makan DAGING + IKAN
Jangan makan IKAN + SUSU
Jangan makan AYAM + SUSU
Jangan makan IKAN + TELUR
Jangan makan IKAN + DAUN SALAD
Jangan makan SUSU + CUKA
Jangan makan BUAH + SUSU CTH : KOKTEL

# JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.

# TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.

# JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.

Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.
Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. Di khuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion positif manakala dalam ikan mengandungi ion negatif, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.

Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzime banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzime sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)

Wassalam, Sama-samalah kita mengamalkannya.



Ruangan Iklan

1. Ingin dapatkan Water Filter yang ok!! Harga berpatutan!! Memperkenalkan Imtiyaz Water Filter nano Technology, keluaran produk muslim, harganya RM598.00 satu set. Hubungi Ustaz Rosdi di hotline 016-9585423.

2. Anda boleh download apa jua video pada blog ini dengan menggunakan Realplayer Downloader (Internet Explorer @ Mozila Firefox) atau Downloadhelper (untuk mozila firefox sahaja).

3. Anda inginkan windows XP anda kelihatan seperti Windows Seven (windows terkini) layari dan download seven transformation pack anda di sini.

Kata-Kata Motivasi

Wahai Malaikat siang yang pulang ! Sampaikan salamku pada Allah Yang Penyayang ! Ampunkan segala dosaku yang songsang, maafkan segala kesalahanku yang kurang, terimalah taubatku atas perbuatanku yang curang....... Tunjukkan daku jalan yang terang, berikan daku kuasa untuk pulang, supaya tatkala maut datang... Dapatku pergi dengan senang...! Wahai Allah Yang Maha Penyayang ....!

Saladin - Alarm Me

Air Mata Syawal

Rasa Bertuhan - Mawaddah

Allah Is Enough For Me

Motivasi

About Me

My Photo
Panitia P.Islam
Blog ini dijana oleh Panitia Pendidikan Islam SMKBTP yang diketuai oleh Ustaz Muhamad Rosdi bin Abdullah. Insya Allah, bersama kita memanfaatkan kemudahan ICT ini untuk membantu dan meningkatkan prestasi murid-murid kita.
View my complete profile

Permaidani - Azhan

Seruan Solat

The Sound Of Tears

Sami Yusuf

Cerita Kedai Kopi

PIPS 2009